Peristiwa bahagia sering berlaku dalam kehidupan ini contohnya seperti perwiwahan atau pun kelahiran turunan yang baru. Di samping itu, peristiwa sedih pun turut berlaku serentak dalam kehidupan ini contohnya seperti kesakitan dan kematian. Peristiwa ini semua memerlukan pula pengamalan beberapa jenis upacara tertentu sejak dari samaya-samaya yang entah berapa lamanya sudah berlalu sampai sekarang.
Upacara-upacara yang dijalankan itu terdapat dalam beberapa agama terutama dalam dunia ini dan menjadi kebiasaan pula selepas perkembangannya meliputi ruangan masa. Ia diperturun turun-temurun oleh datuk nenek kepada anak cucu sampai menjadi adat-istiadat pula di masa kini. Anak cucu yang menjalankan semua upacara ini pula disebabkan oleh peredaran samaya pun menjadi jahil dan mengamalkannya disebabkan oleh rasa takut yang tiada asas walaupun mereka berpendidikan moden dan mempunyai gaya kehidupan yang cukup canggih.
Banyak daripada upacara dalam kehidupan terutamanya upacara semasa kematian dan pengebumian itu diselubungi oleh misteri dan juga banyaklah menyebabkan keluarga si mati itu terbeban pula sebab ingin memenuhi tuntutan yang tidak-tidak. Keadaan ini menyebabkan ramai penganut ajaran Buddha banyak bersalin agama ke agama lain dengan mudahnya kerana agama lain itu memberikan ruang kepada penganutnya untuk mengutuk, mengeji dan menyerang penganut ajaran Buddha. Amatlah penting buat penganut ajaran Buddha untuk bangkit dan sedar akan situasi ini seterusnya merubah cara pengamalan upacara dengan menurut tuntunan-tuntunan dharma vinayam dan sastera dharma!
Pustaka ringkas Pradipika Buddha Dharma ini menampilkan pelbagai upacara dan pengamalan upacara menurut sastera ajaran Buddha dengan cara yang mudah difahami dalam sebarang peristiwa sama ada suka atau duka. Diharap supaya pengikut ajaran Buddha dapat mengambil usaha bagi memahami dan menjalankan upacara seadanya menurut kemampuan apabila timbul keperluan.
Pengamalan menerusi pemahaman ini diharapkan dapat menjadikan pengikut baginda Buddha lebih bersedia dengan sebarang kemungkinan jalan ini diserang oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab yang penuh ego dan mementingkan kewujudan mereka sendiri sahaja.