Adapun, nama karya ini adalah "Chakra Senjata Tajam Berkesannya Menikam Hati Musuh" oleh Śrī Suvarnadvipi Dharmakirti Śailendra Kumara:
Aku memuja sepenuh hatiku menyembah tabik kepada mu, wahai Yamantaka; Kemurkaanmu itu berlawanan lah dengan Dewa Kematian yang Agung.
1. Dalam belantara yang penuh dengan tumbuhan beracun, burung merak mengibas ekornya. Walaupun taman yang berubat berada dekat sahaja. Serta kumpulan burung merak mendapati bahawa taman-taman itu menyenangkan. Namun, mereka masuk juga ke dalam semak tumbuhan beracun.
2. Keadaan yang sama juga berlaku kepada para bodhisattva yang berani. Yang berada di dalam belantara penuh kerisauan duniawi. Tidak kira berapa menyeronokkan pun taman keseronokan dunia ini. Namun, mereka yang berani itu tak pernah tertarik dengan kesenangan itu. Bahkan, mereka mencebur diri masuk ke dalam semak yang penuh sengsara lagi menyakitkan.
3. Kita ini membuang seluruh hidup kita dalam perarakan penuh keseronokan. Tapi kita menggigil terketar-ketar walaupun hanya dengan terfikir sahaja tentang kesakitan; Maka, disebabkan kita ini pengecut, kita pun masih lah lagi menjadi pengecut. Sedangkan, para bodhisattva pula menerima penderitaan dengan senang hati lalu menerima berkat daripada keberanian mereka iaitu kenikmatan sebenar yang tak pernah putus-putus.
4. Kini, keinginan itu adalah hutan belantara dengan pohonan beracun di sini. Yang berani seperti burung merak saja boleh masuk ke dalam keadaan sebegitu. Jika bagi makhluk yang pengecut pula, seperti burung gagak lah ia, apabila ia cuma mengacah-acah. Sebab dia itu tamak dan dia bimbang akan kehilangan nyawanya.
5. Bagaimana seseorang itu boleh meraikan dirinya lebih daripada orang lain? Mengambil hawa nafsu dan racun berbahaya sebegitu sebagai makanannya?! Jika dia cuba seperti gagak menggunakan khayalan yang lain, dia mungkin kehilangan peluangnya untuk kelepasan.
6. Oleh itu, bodhisattva semuanya disamakan lah dengan burung merak. Mereka hidup dalam khayalan tumbuhan beracun. Mereka mengubahnya menjadi zat latihan. Mereka mengharungi hutan itu dalam kehidupan seharian mereka. Mereka menerima sahaja apa yang dipersembah sambil menghapuskan racun nafsu yang mengikat diri.
7. Tidak terkawal, melilau menerusi gelung kewujudan. Terkesan oleh cengkaman kita pada keegoan sebagai hakikat. Sikap jahil ini mengisytiharkan bahawa kita adalah syaitan yang mementingkan diri yang berfikir cuma untuk kebajikan diri kita sendiri sahaja: kita mencari keselamatan yang sedikit dengan keegoan kita; Kita hanya mahu kesenangan dan menjauhi kesakitan; Tapi kini, haruslah kita menghapuskan segala paksaan mementingkan diri dan dengan senang hatinya menggalas kesusahan demi kebaikan orang lain.
8. Semua penderitaan kita itu terbit daripada sikap dan tabiat kita. Ia terbit dari khayalan kepentingan diri yang kita pupuk dan terjelma menjadi amalan. Kerana kita berkongsi dalam musibah yang tragis ini, yang berakar daripada cara-cara kita mengetengahkan diri kita yang sempit; Harus lah kita menanggung kesengsaraan kita dan penderitaan yang lain lalu memadamkan semua harapan dari mementingkan diri sendiri.
9. Jika kini timbulnya dorongan bagi kita supaya mencari keseronokan sendiri, maka mestilah kita letakkannya ke tepi bagi menggembirakan yang lain. Kerana perkara yang kita cintai sangat-sangat pun akan bangun menentang kita. Kita mesti lah menyalahkan sikap mementingkan diri kita dan menyalahkan fikiran yang merasakan bahawa diri kita ini penting.
10. Apabila tubuh kita ini sakit di sana, di sini dan binasa dengan dahsyatnya disebabkan oleh penyakit yang maha hebat tak tertahan oleh kita. Ini lah dia cakra senjata tajam berpulang! Pusingannya penuh atas kita daripada dosa yang diperbuat oleh kita. Hingga kini, telah cedera lah tubuh makhluk yang lain disebabkan oleh kita; maka mari lah kita bersama-sama menanggung kesakitan mereka itu.