... "mari dan lihat"
Hal ini merujuk kepada susila menurut kepada Buddha dhamma. Baginda Buddha menjemput semua orang untuk datang dan melihat, memeriksa, mengesahkan, menguji dan mengalami sendiri keputusan dari ajarannya.
Pengajian Buddha dhamma menuntut supaya murid jangan membuta percaya. Tiada sebarang perintah atau perundangan untuk menghukum pengikut yang enggan mempercayainya.
Satu-satunya jalan untuk seseorang itu menyedari Kebenaran adalah dengan mencari ilmu pengetahuan dan mengamalkan ilmu pengetahuan mengikut kerelaan diri sendiri. Memaksa orang menerima sesuatu ajaran sedangkan mereka belum sedia untuk menerimanya tidaklah akan memberi manfaat pun kepada perkembangan rohaniah mereka.
Buddha tidak takut untuk membiarkan ajaran baginda diuji, kerana Kesedaran hanya akan muncul menerusi pengamalan ajaran baginda.
Ciri-Ciri Buddha Dhamma
- Svākkhāto, diajar dengan baik.
- Sandiṭṭhiko, menyedari diri.
- Akāliko, dengan segera mendapat keputusan.
- Opanayiko, mampu untuk dimasuki ke dalamnya.
- Paccattaṃ veditabbo viññūhīti, dicapai oleh orang bijaksana, masing-masing untuk diri sendiri.