... Yang dicerahi, yang kamil, yang sempurna, yang suci, yang berhikmah, dan yang cerdas.
Dalam usaha mencapai pencerahan, seseorang itu mestilah menyempurnakan 10 pāramī untuk dirinya. 10 pāramī ini menjadi prasyarat untuk mencapai pencerahan jiwa.
Nibbāna boleh dicapai menerusi salah satu daripada yāna-yāna atau wahana ini:
1. Samma-Sam-Buddha
Seseorang yang bercita-cita untuk menjadi seorang yang cerah jiwanya mesti membuat azam yang kukuh dahulu dengan membaca ikrar Bodhisatta dalam kehadiran Buddha. Selepas diperisytihar bahawa dia akan menjadi seorang Buddha di masa depan, maka dia pun akan mengamalkan 10 pāramī dengan semangat berkorban untuk berkhidmat kepada kemanusiaan yang menderita.
2. Pacceka Buddha
Seseorang yang menerima pencerahan tanpa sebarang bantuan kerohanian. Dia tidak mempunyai sebarang deria-deria untuk mencerahkan orang lain.
3. Savaka Buddha (Arahant)
Seseorang yang sudah sempurna menghapuskan segala pencemaran, termasuklah 10 rantai besi pengikat, dengan petunjuk dari ajaran-ajaran Buddha. Dia mampu untuk memberi sebar bantuan kerohanian kepada makhluk lain untuk mencapai pembebasan.