... roda, cakra.
Dhamma Cakka Pavatthana Sutta (perbincangan untuk menggerakkan Roda Dhamma) mengajari kita Empat Kebenaran Mulia. Ia membentuk dasar-dasar yang membentuk sistem falsafah Buddha.
1. दुक्ख Dukkha, Kebenaran Mulia mengenai Kesengsaraan.
2. तण्हा Taṇhā (Idaman), Kebenaran Mulia mengenai Samudaya (Penyebab Kesengsaraan).
3. निरोध Nirodha, Kebenaran Mulia mengenai Penghentian Kesengsaraan; membawa ke pencapaian Nibbāna dan tiada kelahiran semula.
4. Kebenaran Mulia mengenai Jalan Menuju kepada Berhentinya Kesengsaraan: अरिय अट्ठङ्गिक मग्ग Ariya Aṭṭhangika Magga atau Jalan Mulia Berlapis Lapan.
Kebenaran pertama mestilah difahami. Kebenaran kedua mesti dipadamkan. Kebenaran ketiga mesti disedari. Kebenaran keempat pula mesti diperkembang.
Jalan Mulia Berlapis Lapan disebut juga sebagai Majjhima Paṭipadā (Jalan Pertengahan). Ia merupakan satu kaedah untuk mengelakkan dua titik melampau iaitu perbuatan menyeksa diri sehingga melemahkan kecerdasan seseorang serta memanjakan diri sehingga merencatkan perkembangan akhlak dan adab kendiri.
Ia mengandungi lapan Faktor Benar yang dilipat bersama-sama untuk seseorang itu maju dalam pengembaraannya menuju kepada Kebenaran dan seterusnya, Pembebasan!