Pembacaan sutra-sutra menurunkan juga kesan-kesan yang baik dan bermanfaat untuk anak-anak. Turut dilaporkan juga semasa zaman Buddha, ketika seorang budak kecil berada dalam keadaan tenat akibat terkena pengaruh jahat dari luar dibawa menghadap baginda. Baginda lantas mengarahkan supaya sutra-sutra dibacakan di perhimpunan bhikkhu-bhikkhu.
Kesan dari pembacaan sutra-sutra tersebut, budak tersebut berpantang ajal dan terus hidup sehingga ke usia tuanya. Budak itu turut digelar Ayuvaddhana kerana dia bebas dari kematian sebelum usia matang. Baginda Buddha berjaya menyelamatkan nyawa budak itu menerusi pembacaan bacaan ayat-ayat suci.