Pengenalan Adi Buddha


Kehadiran konsep Adi Buddha untuk merujuk Tuhan Yang Maha Esa dalam ajaran Buddha di kepulauan Indonesia sesungguhnya sangat menarik untuk dipelajari secara mendalam. Hal ini kerana terdapat peristiwa-peristiwa istimewa berlaku sekitar konsep ini yang patut diketahui oleh penganut ajaran Buddha di Indonesia.

Yang lebih penting daripada itu juga adalah kerana hal ini menyentuh kepercayaan penganut ajaran Buddha bahawa Adi Buddha itu merujuk kepada Tuhan Yang Maha Esa. Maka, sebaik-baiknya sejarah perkembangan konsep ini diketahui oleh penganut ajaran Buddha sama ada di kepulauan Indonesia atau di rantau lain-lain.

Untuk hal ini, maka penulis menyediakan penulisan ini bagi membantu peserta-peserta forum dengan menitipkan pengertian-pengertian tentang Adi Buddha serta hal-hal yang berkaitan dengannya melalui sumber-sumber yang memang sudah ada di kepulauan Indonesia.

Penulis berharap agar penulisan ini menjadi maklumat awal yang boleh digunakan oleh pengkaji-pengkaji ajaran Buddha untuk memahami konsep ini dengan lebih mendalam pada masa hadapan.

Sumber Gambar: korinatour.co.id (online)