Menghidupkan Bodhicitta melalui Penyebab dan Punca

Tuan yang budiman, barangsiapa menghidupkan bodhicitta melalui penyebab dan punca karma yang tidak terkira, maka digelarkanlah mereka itu sebagai orang yang mempunyai ciri Bodhisattva. Makhluk berhati nurani melalui penyebab dan punca dalaman mereka sementara mereka berada di tempat yang sunyi sepi. Mereka menghidupkan bodhicitta kerana mereka tidak menyukai ajaran sastera bukan Buddha yang berbelit-belit walaupun pada awalnya mereka menerima ajaran-ajaran tersebut. Kerana:
  • Mereka memerhatikan keburukan kelahiran dan kematian yang berulang-ulang;
  • Mereka melihat keburukan atau mendengar keburukan;
  • Mereka mengetahui dan menolak diri mereka yang tamak, marah, berkhayal dan kedekut;
  • Mereka melihat penganut bukan Buddha memperlihatkan lima kesaktian;
  • Mereka ingin mengetahui sama ada dunia ini mempunyai sempadan;
  • Mereka telah melihat atau mendengar mengenai Tathagata yang ghaib; dan
  • Mereka cinta dan kasih kepada makhluk berhati nurani.
Tuan yang budiman, terdapat tiga jenis bodhicitta iaitu yang tinggi, yang tengah dan yang rendah. Jika makhluk berhati nurani itu mempunyai ciri yang khusus, bagaimanakah mereka boleh mempunyai tiga jenis bodhicitta ini?

Pemikiran yang rendah itu boleh berubah menjadi pemikiran yang tengah. Pemikiran yang tengah itu boleh berubah menjadi pemikiran yang tinggi. Pemikiran yang tinggi itu boleh berubah menjadi pemikiran yang tengah dan pemikiran yang tengah itu boleh berubah menjadi pemikiran yang rendah. Makhluk berhati nurani boleh menjalankan dharma baik yang tidak terkira dengan bersungguh-sungguh untuk menaikkan pemikiran mereka kepada pemikiran yang tinggi. Sekiranya mereka gagal berbuat demikian, maka mereka akan mundur ke pemikiran yang rendah. Sekiranya mereka terus maju, maka mereka pun tidak akan mundur. Selain daripada itu, maka ia disebutlah sebagai kemunduran.

Jika seseorang Bodhisattva itu menjalankan dharma-dharma baik untuk makhluk berhati nurani yang tidak terkira banyaknya, pada setiap masa maka dia pun tidak mundur. Sekiranya tidak, maka disebutlah ia sebagai mundur. Bodhisattva yang mundur itu akan mundur pemikirannya dan berada dalam ketakutan. Jika seseorang Bodhisattva itu menjalankan dharma-dharma baik untuk makhluk berhati nurani yang tidak terkira banyaknya, pada setiap masa maka dalam ramalanku itu dia akan mencapai anuttara-samyak-sambodhi tidak lama selepas itu.

Tuan yang budiman, tiga jenis bodhicitta ini tidaklah mempunyai ciri yang khusus. Jika pemikiran seseorang itu mempunyai ciri yang khusus, maka mereka yang bergelar Pratyekabuddha atau pendengar suara itu tidak akan mampu untuk menghidupkan bodhicitta. Sebagaimana ahli Samgha itu tidak mempunyai ciri yang khusus, maka ketiga-tiga jenis bodhicitta itu juga tidak mempunyai ciri-ciri yang khusus. Barangsiapa yang mendakwa bahawa setiap sesuatu itu mempunyai ciri-ciri yang khusus maka mereka bukanlah penganut ajaran Buddha. Kenapa? Kerana penganut ajaran lain itu tidaklah memahami maksud penyebab dan akibat. Sebagai contoh, mereka mempercayai bahawa Sang Mahesvara itu sebagai Yang Maha Pencipta di luar daripada penyebab dan akibat.