Vipassanā atau Vipaśyanā dalam bahasa Sanskrit bermaksud merenung dalam bahasa Melayu. Jika diterjemahkan dalam bahasa Melayu yang dipergunakan oleh penganut ajaran Islam, maka maksudnya adalah bermuhasabah diri.
Merenung diri ini menurut tradisi ajaran Buddha merujuk kepada merenung kepada hakikat sebenar alam ini. Ia didefinisikan kepada tiga tanda kewujudan iaitu:
- dukkha, azab sengsara atau tidak puas hati
- anatta, jiwa itu tidak terikat dengan kebendaan
- anicca, segala yang ada dalam alam ini tidak kekal
Amalan samadhi ini telah pupus dari aliran Theravada menjelang abad ke-10 M. Namun, ia telah diperkenalkan semula di Burma pada abad ke-18 M berdasarkan kepada pembacaan sastera Satipatthana-sutta, Visuddhimagga dan lain-lain teks Theravada.
Tradisi baru kemudian diperkenalkan semula pada abad ke-19 dan ke-20 M. Amalannya bertumpu kepada renungan semata-mata dan amalan ini dikenali sebagai samatha. Dalam aliran Theravada moden, gabungan atau pecahan dari Vipassana dan Samatha itu masih lagi kabur. Dalam sutra-sutra Pali pun, sukar sekali menemui sebutan tentang Vipassana. Ia hanya dijelaskan sebagai tahap mental yang muncul bersama dengan samatha. Kemudian ia membantu supaya jiwa seseorang itu bebas dari ikatan duniawi. Abhidhamma dan ulasan-ulasan menjelaskan bahawa Samatha dan Vipassana itu adalah dua jenis cara bersamadhi. Pergerakan Vipassana memilih untuk menggunakan cara Vipassana berbanding cara Samatha, namun terdapat kritikan yang menyatakan bahawa kedua-dua cara ini adalah elemen penting dalam latihan rohaniah penganut ajaran Buddha.
Rujukan
- Ivy Kwong, "A Brutally Honest Review of My 10 Day Silent Meditation Retreat", 25 September 2017 (online)