Jumaat, 20 Mac 2020

Sutra Ajaran kepada Upasaka

Sila klik pada pranala berikut untuk membaca terjemahan-terjemahan.
Rujukan
  • 優婆塞戒經 diterjemahkan ke dalam bahasa Cina semasa zaman dinasti Liang oleh Dharmaksema, Guru Tripitaka (online)

Ahad, 24 Februari 2019

Sang Hyang Kamahayanikan


Sastera ini adalah sastra agama Buddha yang berjumlah 129 sloka semuanya. Ia disusun oleh Mpu Śrī Sambharasuryavarāma pada tahun 929-947 dari Kerajaan Mataram, Jawa Timur. Naskah yang tertua sekali bagi sastra ini ditemui di Lombok pada tahun 1900 dan kemudian ia dibahaskan oleh Prof. Yunboll pada tahun 1908. Terjemahan ke bahasa Belanda dibuat oleh J. deKatt pada tahun 1940 dan kemudian ia diteliti lagi oleh Prof. Wuff sebelum diterjemahkan semula ke bahasa Indonesia oleh I Gusti Bagus Sugriva. Penterjemahan terakhirnya dijalankan oleh "Team Penterjemah Kitab Suci Agama Buddha Ditura Buddha, Ditjen BimasHindu dan Buddha, Departemen Agama Republik Indonesia.
Rujukan:
  • Bali Kesogatan, Sang Hyang Kamahanyanikan: Sloka Berbahasa Sanskrit dengan Terjemahan Bahasa Jawa Kawi (blogspot)
  • Upasaka Pandita Surya Mahendra, Sang Hyang Kamahayanikan, Bhumisambharabudhara: Ajaran Buddha Mahayana Jawa, 30 Mac 2009 (online)
Sumber Gambar: Sejarah Candi Borobudur dan Sembilan Candi Popular Lainnya di Jawa, Reservasi (blog)

Kakawin Sutasoma

Kakawin Sutasoma ini adalah sastra Hindu yang disampaikan dalam bahasa Jawa Purba. Dari kakawin ini terbitlah cogan kata bagi Republik Rembang Indonesia yang berbunyi Bhinneka Tunggal Ika bermaksud, 'berbeza namun satu sahaja' (bab 139.5). Cogan kata ini bukanlah diambil secara sembrono sahaja namun ia mempunyai sebab. 

Cetera ini menyentuh mengenai kehidupan Putera Sutasoma sebagai wira utama. Ia menitipkan supaya penganut ajaran Śaiva hidup dengan berbaik-baik dengan penganut ajaran Buddha. Cetera ini dikarang oleh Mpu Tantular dalam abad ke-14 M.
  • Sutasoma Trust, The Story of Sutasoma (online)
  • A.H. Aghababian (2015) The Kakawin Sutasoma: A Look at the Bhinneka Tunggal Ika and Perceptions of the Religious Text's Religious Implications, Inquiries (online

Ahad, 21 Oktober 2018

Vipassanā

Vipassanā atau Vipaśyanā dalam bahasa Sanskrit bermaksud merenung dalam bahasa Melayu. Jika diterjemahkan dalam bahasa Melayu yang dipergunakan oleh penganut ajaran Islam, maka maksudnya adalah bermuhasabah diri.

Merenung diri ini menurut tradisi ajaran Buddha merujuk kepada merenung kepada hakikat sebenar alam ini. Ia didefinisikan kepada tiga tanda kewujudan iaitu:
  • dukkha, azab sengsara atau tidak puas hati
  • anatta, jiwa itu tidak terikat dengan kebendaan
  • anicca, segala yang ada dalam alam ini tidak kekal
Dalam aliran Buddha Mahayana, anicca itu dikenali sebagai suñyata dan ciri-ciri Buddha. Untuk hal aliran Mahayana maka masukan lain akan dibuat sebagai bantuan pemahaman.

Amalan samadhi ini telah pupus dari aliran Theravada menjelang abad ke-10 M. Namun, ia telah diperkenalkan semula di Burma pada abad ke-18 M berdasarkan kepada pembacaan sastera Satipatthana-sutta, Visuddhimagga dan lain-lain teks Theravada.

Tradisi baru kemudian diperkenalkan semula pada abad ke-19 dan ke-20 M. Amalannya bertumpu kepada renungan semata-mata dan amalan ini dikenali sebagai samatha. Dalam aliran Theravada moden, gabungan atau pecahan dari Vipassana dan Samatha itu masih lagi kabur. Dalam sutra-sutra Pali pun, sukar sekali menemui sebutan tentang Vipassana. Ia hanya dijelaskan sebagai tahap mental yang muncul bersama dengan samatha. Kemudian ia membantu supaya jiwa seseorang itu bebas dari ikatan duniawi. Abhidhamma dan ulasan-ulasan menjelaskan bahawa Samatha dan Vipassana itu adalah dua jenis cara bersamadhi. Pergerakan Vipassana memilih untuk menggunakan cara Vipassana berbanding cara Samatha, namun terdapat kritikan yang menyatakan bahawa kedua-dua cara ini adalah elemen penting dalam latihan rohaniah penganut ajaran Buddha.

Rujukan
  • Ivy Kwong, "A Brutally Honest Review of My 10 Day Silent Meditation Retreat", 25 September 2017 (online

Sabtu, 24 Jun 2017

Sutra-Sutra Mahayana


Sutra-sutra Mahayana mula dikumpulkan dari abad pertama sebelum masihi. Sutra-sutra ini membentuk asas bagi pelbagai aliran Mahayana dan terselamat dalam bentuk terjemahan-terjemahan awal dalam bahasa Cina dan Tibet. Ia diterjemahkan dari teks asal yang berbahasa Sanskrit. Terjemahan kedua pula dibuat dari terjemahan sutra nerbahasa Cina dan berbahasa Tibet ke dalam bahasa Mongol, bahasa Korea, bahasa Jepun dan bahasa Sogdia. 

Tidak seperti Sastera Pali, tiada Sastera Sanskrit tertentu dalam aliran Mahayana. Kebanyakan himpunan manuskrip Sutra Mahayana ini diterbitkan dari abad-abad awal dan dipelihara dalam bentuk terjemahan berbahasa Cina dan berbahasa Tibet. Setiap satunya mempunyai terjemahan selari. Penganut ajaran Buddha berbangsa Cina turut menulis sutra-sutra mereka sendiri dan menghimpunkannya sekali dalam Sastera Mahayana yang disimpan oleh mereka. 

Rujukan

Selasa, 30 September 2014

Glosari Kata Bahasa Pali


Tujuan bahagian ini adalah untuk membantu pelajar-pelajar yang belum biasa dengan istilah-istilah bahasa Pali yang digunakan dalam pembelajaran ajaran Buddha.

Cadangan:
  • Pelajari satu perkataan setiap hari.
  • Rujuk bahagian ini untuk asas bagi kefahaman ajaran Buddha.
  • Bahagian ini boleh dijadikan asas untuk pengajian Tipitaka.
Kandungan

Sila klik atas huruf-huruf untuk mengakses:

A B C D E J K 

L M P S T V 

Dikumpul oleh: N. S. V.
Tarikh mula: 9 Aśvin 1936
Hari mula: Buddhvār
Tarikh ditutup: 
Hari ditutup:

Selasa, 23 September 2014

Pradipika Buddha Dharma


Penulis: Dr. K. Sri Dhammananda Nayaka Mahāthera
Penterjemah: Niripender S. Verethregna

Isi Kandungan

Pengenalan
Tugas Ibubapa
Upacara Merestui Anak-Anak
Kenapa Meminta Perlindungan Buddha?
Pendidikan Berteras Ajaran Buddha dan Amalan Kebudayaan
Perkahwinan
Upacara Agama
Pantang Larang
Azimat dan Ilmu Hitam
Rupa, Air Suci, dan Penangkal
Sakit
Kematian
Bedah Siasat Mayat
Upacara Pengebumian
Mengebumikan dan Membakar Mayat
Melepaskan Abu Mayat
Tempoh Berkabung
Upacara-Upacara selepas Pengebumian dan Memperingati Si Mati
Pemberian Sedekah
Kesimpulan